Monday, June 20, 2011

domino vs pizza hut

sejak aku diperkenalkan dengan makanan berjenama domino ni,boleh dikatakan setiap hari aku nak melantak ini pizza.sedap dan menyelerakan. jika dulunya aku begitu teruja menunggu setiap menu baru pizza hut,tetapi kini ianya telah berubah. apakah perbezaannya?apakah ramuannya?apakah training nya?hahahhah,jawab

mitsubishi lancer vs proton inspira

ptg semlm sambil membawa anak2 dan isteri bersiar2,sempat jugak aku menjenguk showroom proton.melihat kelibat inspira berwarna putih dikelilingi puluhan jejaka yang sedang membelek,menjenguk,menggosok dan meneliti satu persatu.boleh dikatakan amat memuaskan dari segi fizikal dan ciri2nya.maklum sajalah ianya jelmaan lancer.

bercakap dgn salah seorang jurrujual proton,apakah perbezaan sebenar antara inspira dan lancer?
ringkas saja jawapannya,bumper depan + bumper belakang + logo proton + harga murah. itu sajer perbezaannya,makna kata hampir 90% inspira adalah drp lancer. umpama beli produk orang lain dan tukar namanya menjadi produk sendiri.sangat kreatifkan?hahahhahahah

suasana yang jarang kelihatan



adakah anda wahai DSAI?


sejak akhir2 ini kita digemparkan dengan adegan2 ranjang yang telah menjadi satu kebiasaan di Malaysia walaupun ianya dianggap isu yang sensitif pada suatu masa dulu.
terbaru adakah mengenai video DSAI. bermacam2 cerita telah ditulis,berpuluh2 blog telah melaporkannya,sidang media,surat khabar,media massa semuanya mengulas tentang situasi ini. walaupun aku bukannya serius tentang politik Malaysia,tetapi sedikit sebanyak timbul persoalan ini.

adakah itu anda wahai DSAI?
atau adakah itu pelanduk DSAI?
adakah itu video asal ?
atau adakah video itu telah diubah?
banyak lagi persoalan yang perlu dibongkarkan

betulkah anda wahai DSAI?

bermacam2 cerita dah dA

thank you for not smoking near me?adakah anda?

aku tak tahu apa yang menarik sangat tentang merokok ni.hisap lepas,hisap lepas,habis sekotak beli lagi.begitu membazir anda wahai si perokok. apa yang anda dapat?menyusahkan orang lain sahaja.merokok dikalangan manusia yang tidak merokok amatlah memalukan dan menyedihkan kerana anda ternyata tidak ada akal untuk berfikir apa perasaan orang disekeliling anda.

itulah tabiat segelintir besar perokok yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling apabila merokok. apa yang penting hanya memenuhi nafsu untuk menghisap nikotin daripada batang rokok sahaja. kami yang berada di sekeliling anda ni mcm mana? terpaksa menghidu asap rokok yang anda lepaskan ke udara. adakah kami membayar untuk menghidu asap rokok itu?tidak sama sekali. tetapi anda perokok membayar harga untuk menjejaskan kesihatan orang lain. fikir-fikirkan wahai si perokok durjana.

first post

say something to all