Monday, June 20, 2011

thank you for not smoking near me?adakah anda?

aku tak tahu apa yang menarik sangat tentang merokok ni.hisap lepas,hisap lepas,habis sekotak beli lagi.begitu membazir anda wahai si perokok. apa yang anda dapat?menyusahkan orang lain sahaja.merokok dikalangan manusia yang tidak merokok amatlah memalukan dan menyedihkan kerana anda ternyata tidak ada akal untuk berfikir apa perasaan orang disekeliling anda.

itulah tabiat segelintir besar perokok yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling apabila merokok. apa yang penting hanya memenuhi nafsu untuk menghisap nikotin daripada batang rokok sahaja. kami yang berada di sekeliling anda ni mcm mana? terpaksa menghidu asap rokok yang anda lepaskan ke udara. adakah kami membayar untuk menghidu asap rokok itu?tidak sama sekali. tetapi anda perokok membayar harga untuk menjejaskan kesihatan orang lain. fikir-fikirkan wahai si perokok durjana.

No comments:

Post a Comment